Tuesday, August 19, 2008

CIMB: S.W.A.T Balakong

S.W.A.T Balakong

16 Ogos 2008, Kehebatan pasukan S.W.A.T sememangnya menjadi tajuk utama akhbar. Kumpulan ini berani mati demi berjuang menyelesaikan misi yang diberi. Namun sejak kebelakangan ini, kejadian jenayah semakin menjadi-jadi. Ini menyebabkan isu pasukan elit ini kekurangan anggota yang terlatih. Satu sesi pengambilan baru skuad elit s.w.a.t diwar-warkan. Namun tidak ramai orang yang berani mengambil risiko menjadi skuad elit ini. Meskipun begitu ada juga beberapa anak tempatan yang berani tampil untuk ditemuduga dan bekerja didalam skuad S.W.A.T ini. Dari yang diketahui seramai 23 orang anak tempatan yang terpilih akan ditempatkan di kem balakong. Tahniah kepada mereka kerana sanggup menghadapi dugaan dan cabaran dalam sesi pemilihan dan latihan juga situasi sebenar. Juga sekalung penghargaan buat mereka ini. Semoga misi dan cabaran mereka berjaya dilaksanakan.




2 comments:

Sham Afzan said...

biar tak banyak..asalkan ada progress..

live life to the fullest...

Anonymous said...

idealistic and pratical